People Ask How to Solve Tonnes of Problems Happened in Our Society (especially MALAYSIA) and This is The Solution.

Struktur protein tak akan menjadi tanpa subunit amino acid;
Struktur carbohydrate tak akan menjadi tanpa subunit glucose;
Struktur DNA tak akan menjadi tanpa subunit nucleotide;
Struktur rumah tak akan menjadi tanpa subunit batu bata;
Struktur umat tidak akan menjadi tanpa subunit individu.

Rapuhnya subunit, maka rapuhlah seluruh struktur.

Jangan pernah bermimpi untuk membina struktur yang berkualiti, kalau tidak pernah mengambil berat untuk mengkualitikan subunit.

.
.
.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang/berjuang atas jalan-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Q.S. As-Saff 61:4)

Untuk membina sebuah bangunan yang kukuh bukannya semudah berkata-kata.

Membina bangunan yang KUKUH dan KUAT memerlukan kemahiran merancang yang terperinci, mengenalpasti kekuatan sumber yang ada, manajemen teratur, kemahiran teknikal yang mantap, kesatuan hati, idea, kepercayaan & kejelasan terhadap visi & misi yang sama, ketaatan kepada leader, kesungguhan dalam bekerja, ketelitian setiap proses, kerjasama bantu membantu sesama ahli, kepimpinan yang bijak, dan lain-lain.

Begitu jualah proses untuk membina masyarakat sekarang.

Sebelum membina struktur, bina asas-asasnya terlebih dahulu. Dan seseorang itu perlu menggigit erat nilai IKHLAS, JIHAD dan SABAR dalam mengharungi proses-proses pembinaan yang PANJANG, MENCABAR dan PERIT!

constructionprocess
(credit)

construction-process-background-builders-repairmen-maintenance-workers-vector-illustration-49732249
(credit)

Usah bertengkar di medan media sosial mengutuk sana sini dan saling menyalahkan pihak sana sini. Ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Sebaiknya marilah kita mula membina diri kita, memperbaiki diri dan memperbaiki orang lain. Sebarkan kebaikan, didik generasi sekarang. Bermula dengan individu,. Kemudian sedikit demi sedikit, kita membina budaya, masyarakat dan tamadun yang agung yang membawa kesejahteraan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Q.S. At-Tahriim 66:6)

Setiap dari kita adalah subunit kepada struktur umat ini. Jika kita mengabaikan pembaikan diri, maka apakah yang akan terjadi kepada umat ini kelak? Segalanya bermula dengan diri sendiri.

Mari bermula dengan memperbaiki asas bangunannya terlebih dahulu. Kembali kepada Allah SWT. Jaga hubungan dengan Allah SWT, rapatkan dan kukuhkan. Jaga solat fardhu berjemaah, lazimi bacaan Al-Qur’an setiap hari. Start small. Perbaiki hubungan kita dengan Allah, perbaiki dalaman kita. Kemudian di samping proses pembaikan diri masih berjalan, ajak orang-orang terdekat dengan kita untuk melakukan perkara yang sama. Start small. Like constructing a building, start small. Ayuh berubah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s