Kenapa emosi akan menghalangi pemahaman?

Kawalan emosi adalah sangat-sangat penting dalam menyampaikan sesuatu kefahaman atau nak argue dalam sesuatu persoalan. Kerana jika emosi diletakkan lebih depan berbanding rasional, jalan untuk mencapai objektif/maksud/tujuan sesuatu perkara itu akan menyimpang lantaran perbahasan terlalu berfokus kepada hal-hal yang bersangkut paut dengan punca yang menyentuh emosi sama ada satu pihak atau kedua-dua belah pihak. (an-Nahl:125).

Untuk menyelesaikan hal ini, kita perlu memerhatikan semula kepada isu hati. Kerana itu tarbiyah hati adalah lebih utama berbanding mendalami ilmu-ilmu yang lain. Daripada tarbiyah hati (proses tazkiyatun nafsi, pembersihan diri), akan lahirnya akhlak dan adab yang baik dalam diri seseorang mukmin. Sehingga apa sahaja yang dilakukan akan senantiasa menepati tujuan dan dalam lingkungan framework “Robbaniyyah” (Ali-Imran: 79). Bebas daripada kepentingan selain untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Di peringkat diri sendiri, carilah waktu untuk bermuhasabah diri dan meneliti segala pekerjaan dan keputusan yang telah kita lakukan. Carilah kesilapan diri, terima, azam untuk berubah dan memikirkan bagaimana ingin memperbaiki diri.

Di peringkat masyarakat/komuniti, sentiasalah menyampaikan peringatan kepada orang-orang yang terdekat tentang keikhlasan niat, kesungguhan melakukan perubahan, sebutkan masalah2 spesifik berkaitan hati seperti ego, riya’ dan seumpamanya dengan maksud untuk mencetuskan kesedaran dalam diri orang yang menerima, bukan bermaksud menghukum dan merosakkan tali persaudaraan. (Ali-Imran: 103)

Insya-Allah, marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri sendiri dengan tujuan mencapai redha Allah SWT dan redha manusia. (Ali-Imran: 112).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s