Jenguk blog

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji-pujian untuk Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya kepadaku. Selawat dan salam sejahtera kutitipkan buat Rasulullah S.A.W. atas qudwah contoh teladan yang menginspirasikan aku dalam menghadapi dunia ini.

Aku menjenguk blog ini setelah sekian lama tidak ke sini. Aku dah lama tak menulis. Bukan kerana aku tidak ada idea. Bukan kerana aku tidak ada masa. Tetapi lebih kepada kerana aku tidak memahami dengan lebih pasti dan yakin kenapa aku perlu menulis dan berkongsi.

Setiap daripada kita akan melakukan suatu tindakan dengan bersebab. The BIG WHY itu pasti ada. Tak kisah amal apa sekalipun hatta mencuri pun mesti ada BIG WHY kenapa mencuri. PRU14 buat hari rabu (9 Mei 2018) pun mesti ada BIG WHY kenapa dibuat demikian. Bukan rambang begitu sahaja.

Begitu juga aku. Aku bukan tak tahu kebaikan berkongsi dan menulis. Tapi aku tak dapat memahami dan mencari THE BIG WHY. Untuk aku rasai, hayati dan memotivasikan diriku.

Dan ku ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian pembaca dan pengunjung yang setia menjenguk di blog aku ni. Aku tengok history, banyak view dan visit blog aku walaupun dalam tempoh sejak aku berhenti menulis. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca hasil coretan pemikiranku dan pendapatku.

Entri ini tidak bertujuan untuk menjelaskan apakah BIG WHY untuk aku menulis kembali. Bahkan aku juga tidak pasti apakah aku akan mula aktif menulis lagi pada masa akan datang. Hanya sekadar coretan ringkas untuk mejelaskan kenapa aku tidak aktif menulis dan sedikit apresiasi untuk kalian pengunjung setia blogku.

Semoga apa yang telah kucoretkan di blog ini bermanfaat untuk diriku dan diri kalian, In shaa’ Allah. Dan semoga aku dapat mencari the BIG WHY mengapa aku perlu teruskan menulis. Sekian. Salam cinta buat kalian.

Aiman Achim
15 April 2018
Bukit Katil, Melaka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s